Tuesday 26 April 2011

Resipi Spageti Ringkas


Bahan2:
- sepeket spaggeti
- kuah spaggeti segera ( jenama Kimball @ Preego )
- bawang putih
- bawang besar
- daging kisar
- tomato segar

Cara2 masak spaggeti:
- didihkan air, masukkan sedikit garam dan sedikit minyak masak atau margerin ( supaya speggati x melekat ). rebus anggaran 10 minit. cara nak tahu sama ada speggati dh masak atau belum, ambil seurat speggati dan picit dgn jari, kalau putus dgn mudah, maknanya dh masak.
- setelah masak, angkat dan alirkan air sejuk pd spageti. toskan.

Cara2 masak kuah:
- panaskan minyak masak atau margerin ( anggaran sesudu )
- tumiskan bawang putih dan bawang besar yg dicincang halus ( tumbuk guna lesung pun boleh )
- bila dh berbau wangi, masukkan daging kisar yg dh dibilas dan ditos. biarkan hingga daging masak dan empuk.
- tuangkan kuah speggati preego atau kimbol. tambahkan secawan air.
- selepas mendidih, masukkan tomato segar yg dh dipotong kecil2.
- ambil sedikit kuah dan rasa. kalau x cukup masin, boleh tambah garam.

Cara makan:
- tuangkan spageti ke dalam pinggan. siramkan kuah dan gaul rata sebelum makan.

tips: kalau nak lebih sedap, boleh juga tambah dgn bahan2 lain seperti cendawan butang (dlm tin) dan sosej. sosej tu boleh dimasak bersama kuah atau potong nipis2, goreng dan tabur ke atas spageti. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment